C64 – Diploma of Technology in Civil & Structural (Building Information Modelling)
19 January 2026 2026-01-19 16:06C64 – Diploma of Technology in Civil & Structural (Building Information Modelling)
C64 – Diploma of Technology in Civil & Structural (Building Information Modelling)
COURSE INTRODUCTION
Program ini bermatlamat memberi ilmu pengetahuan dan latihan teknikal dalam bidang ‘Building Information Modelling’. Ia merupakan
satu inisiatif dalam menyediakakan graduan yang berkualiti dan bersedia memenuhi keperluan industri dari aspek teknikal, sahsiah dan
profesionalisme. Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah teknologi pembinaan struktur bangunan, teknologi pembinaan infarstruktur, pengurusan projek serta latihan praktikal mengenai perisian BIM.
Graduan daripada program ini bakal bergelar Site Supervisor’ dalam bidang awam dan struktur yang mampu untuk menyelia aktiviti-aktiviti pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan ditapak bina.
Selain itu juga graduan daripada program ini bakal bergelar sebagai ‘BIM Modeller’ yang mampu membangunkan dan melaksanakan analisis ke atas model mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh industri, serta mengemaskini dan model mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Graduan juga mampu menyediakan persembahan model tiga dimensi (3D)
kepada pelanggan semasa proses mendapatkan kelulusan rekabentuk konsep dan menjana kuantiti daripada model yang disediakan oleh setiap disiplin
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Sungai Petani
- IKM Kota Kinabalu
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM dengan dua (2) Kepujian dalam mana- mana mata pelajaran.
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.00
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67
- Kompeten semua modul vokasional.
Related Courses
C47 – Diploma in Construction Engineering Technology (Building Information Modelling)
C46 – Diploma in Construction Engineering Technology (Building Services and Maintenance)
Featured Courses