C45 – Diploma In Construction Engineering Technology (Highway and Transportation)
19 January 2026 2026-01-19 16:07C45 – Diploma In Construction Engineering Technology (Highway and Transportation)
C45 – Diploma In Construction Engineering Technology (Highway and Transportation)
COURSE INTRODUCTION
Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pengangkutan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pemahaman dan kebolehan pengaplikasi pengetahuan dan skil dalam turapan dan pembinaan jalan raya, teknologi penyelenggaraan, pengurusan trafik, kejuruteraan lalulintas serta rekabentuk keselamatan jalan raya. Graduan lepasan kursus ini berpeluang untuk berkhidmat dalam mana-mana agensi jalan raya, industri pembinaan jalan raya, penyelenggaraan turapan dan jalan raya dan industri pengangkutan. Seterusnya pelajar akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Sri Gading
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran.
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul.
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKANPENGALAMANTERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
C64 – Diploma of Technology in Civil & Structural (Building Information Modelling)
C47 – Diploma in Construction Engineering Technology (Building Information Modelling)
Featured Courses