E69 – Diploma of Competency in Electrical (Power)
19 January 2026 2026-01-19 17:37E69 – Diploma of Competency in Electrical (Power)
E69 – Diploma of Competency in Electrical (Power)
COURSE INTRODUCTION
Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan oleh MARA Diploma Kompetensi Elektrik dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik (Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Jana kuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi lukisan kejuruteraan elektrik secara manual dan berkomputer(AutoCAD), kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaik pulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Sik
- IKM Johor Bahru
- IKM Lumut
- IKM Jasin
- IKM Kota Kinabalu
- IKM TSYA
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM dengan dua (2) Kepujian dalam mana- mana mata pelajaran:
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik / Kumpulan Sains/Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- Tidak Rabun Warna
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dan dengan kelayakan minima tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan Kerajaan
- ATAU LULUS Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang yang berkaitan
- Tidak Rabun Warna
Related Courses
Featured Courses