F64 – Diploma in Electronic Engineering (Internet of Things)
20 January 2026 2026-01-20 10:18F64 – Diploma in Electronic Engineering (Internet of Things)
F64 – Diploma in Electronic Engineering (Internet of Things)
COURSE INTRODUCTION
Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam pelbagai industri yang mengaplikasikan teknologi IoT yang melibatkan proses diagnosis kerosakan sistem, baik pulih dan pemasangan peralatan, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan sistem IoT dalam syarikat-syarikat terlibat. Modul yang ditawarkan termasuklah mengenai sensor technologies, Embedded System, Mobile Computing, Digital Communication & Networking Technologies, Web Development serta Database Management System. Di samping itu, pelajar akan didedahkan kepada teknologi-teknologi terkini berasaskan revolusi industri 4.0 sebagai contoh penggunaan dron, robot, rfid sensors dan sebagainya.
TEMPOH PENGAJIAN
- 30 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Petaling Jaya
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul.
- Tidak Rabun Warna
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Tidak Rabun Warna
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
- Tidak Rabun Warna
Related Courses
Featured Courses