E61 – Diploma in Electrical Engineering Technology (Power)
19 January 2026 2026-01-19 17:16E61 – Diploma in Electrical Engineering Technology (Power)
E61 – Diploma in Electrical Engineering Technology (Power)
COURSE INTRODUCTION
Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik(Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Janakuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi lukisan kejuruteraan elektrik secara manual dan berkomputer(AutoCAD), kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaikpulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Pasir Mas
- IKM Seberang Perai Utara
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul.
- Tidak Rabun Warna
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Tidak Rabun Warna
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
- Dengan kelayakan minima tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan Kerajaan
- Tidak Rabun Warna
Related Courses
Featured Courses