DAM 34 – Diploma of Technology in Automotive
19 January 2026 2026-01-19 16:03DAM 34 – Diploma of Technology in Automotive
DAM 34 – Diploma of Technology in Automotive
COURSE INTRODUCTION
Program ini ditawarkan bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mengdiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif. Pelajar juga turut dididik dengan kualiti kepimpinan yang cekap dan professionalism serta pembelajaran sepanjang hayat seiring dengan perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan bagi menggalakkan dan menambah prospek kerjaya mereka setelah tamat pengajian.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Beseri
- IKM Besut
- IKM Lumut
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM dengan dua (2) Kepujian dalam mana- mana mata pelajaran.
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.00
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67
- Kompeten semua modul vokasional
Related Courses
Featured Courses