XplorePolyCC Perkasa TVET di Jom Masuk U 2026 Zon Sarawak
13 April 2026 2026-04-13 13:40XplorePolyCC Perkasa TVET di Jom Masuk U 2026 Zon Sarawak
XplorePolyCC Perkasa TVET di Jom Masuk U 2026 Zon Sarawak
KUCHING, 13 April (MalaysiaAktif) – Program XplorePolyCC Zon Sarawak berjaya menarik ribuan pengunjung ke Penview Convention Centre (PCC) Demak sempena penganjuran karnival Jom Masuk U 2026 yang berlangsung selama dua hari, di sini semalam.
Penyelaras Promosi Pengajian Polycc Sarawak, Esstree Ishak, 42, berkata program tersebut merupakan usaha berterusan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Kita mahu anak muda Sarawak melihat bahawa kemahiran teknikal adalah nadi kepada pembangunan ekonomi digital dan industri hijau yang sedang pesat membangun di negeri ini,” katanya.
Esstree turut menjelaskan peluang kerjaya dalam bidang TVET kini semakin luas serta berdaya saing bagi membolehkan lepasan institusi menyumbang kepada pembangunan negara.
“Peluang kerjaya dalam bidang TVET kini semakin luas dan berdaya saing, sekali gus membuka ruang kepada lepasan institusi ini untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara,” ujarnya.
Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak itu memberi pendedahan menyeluruh mengenai laluan TVET di seluruh negara.
XplorePolyCC menjadi platform penting kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kursus kritikal industri.
Esstree memberitahu jelajah tersebut akan diteruskan ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu pada 25 dan 26 April ini sempena Jom Masuk U 2026 Zon Sarawak II.
Warga utara Sarawak khususnya di sekitar Miri, Bintulu dan Limbang dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai peluang pengajian serta bantuan kewangan.
-RJ-
Source: https://malaysiaaktif.my/2026/04/xplorepolycc-perkasa-tvet-di-jom-masuk-u-2026-zon-sarawak/
Latest Post
- How the under-16 social media ban went global
- XplorePolyCC Perkasa TVET di Jom Masuk U 2026 Zon Sarawak
- Institut Seni Silat Gayong pertama terima sijil tauliah TVET
- TEGAS pushes TVET, STEM grads to become job creators
- Anwar: Educational institutions must speed up introduction of new courses, disciplines