P62 – Diploma in Plant Engineering Technology (Mechanical)
20 January 2026 2026-01-20 15:19P62 – Diploma in Plant Engineering Technology (Mechanical)
P62 – Diploma in Plant Engineering Technology (Mechanical)
COURSE INTRODUCTION
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal) menyediakan para graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelbagai syarikat kejuruteraan, pembinaan, fabrikasi serta operasi. Program ini juga mendedahkan graduan dengan teori dan praktikal melalui kelas amali yang merangkumi rekabentuk, prinsip-prinsip kejuruteraan di samping kemahiran perisian rekabentuk terbantu komputer (CAD) seperti AutoCAD Plant 3-D dan Pattern Development (Plate and Sheet). Graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam program ini akan bekerja sebagai perekabentuk mekanikal dan penolong jurutera di dalam pelbagai organisasi misalnya syarikat kejuruteraan, pembinaan, minyak dan gas serta syarikat pengeluaran peralatan. Kebiasaannya, graduan dikehendaki mengaplikasikan ilmu dan kemahiran mereka dalam penggunaan perisian CAD untuk menghasilkan rekabentuk serta lukisan kejuruteraan. Selain itu, graduan perlu melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan peralatan mekanikal contohnya pam, pemampat, penghawa dingin dan sebagainya
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Kemaman
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
P68 – Diploma in Petroleum Engineering Technology (Plant Instrumentation and Control)
Featured Courses