P65 – Diploma in Plant Engineering Technology (Instrumentation and Control)
20 January 2026 2026-01-20 15:23P65 – Diploma in Plant Engineering Technology (Instrumentation and Control)
P65 – Diploma in Plant Engineering Technology (Instrumentation and Control)
COURSE INTRODUCTION
Program ini direkabentuk meliputi aspek aplikasi, pengujian dan pengurusan sesuatu peralatan. Selain itu para pelajar turut didedah dengan aspek penyeliaan, kawalan dan penilaian prestasi sesuatu peralatan di dalam industri minyak dan gas. Konsep dan pelaksanaan program ini adalah meliputi pelbagai industri kejuruteraan seperti minyak & gas, kimia, elektrik & elektronik, mekanikal dan persekitaran. Kekuatan program ini adalah para pelajar akan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi di dalam kawalan proses, distributed control system (DCS), dan field bus technology yang meluas digunakan dalam industri minyak dan gas. Para pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dokumen instrumentasi dan kawalan. Para pelajar yang tamat di dalam program ini bukan sahaja boleh bekerja di dalam bidang minyak dan gas tetapi berpeluang untuk bekerja di dalam bidang-bidang yang lain. Program ini mempunyai matlamat untuk menyediakan suatu program yang komprehensif dan diiktiraf oleh antarabangsa di samping melahirkan pekerja mempunyai ciri kemahiran kepimpinan , berpengetahuan dan kompetan di dalam industri instrumentasi, kejuruteraan kawalan minyak dan gas.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Kemaman
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
P68 – Diploma in Petroleum Engineering Technology (Plant Instrumentation and Control)
Featured Courses