F66 – Diploma in Computer Technology (Big Data)
20 January 2026 2026-01-20 10:30F66 – Diploma in Computer Technology (Big Data)
F66 – Diploma in Computer Technology (Big Data)
COURSE INTRODUCTION
Program ini bertujuan melahirkan tenaga mahir yang mempunyai pengetahuan serta kepakaran dalam bidang analisa data besar (Big Data). Bidang ini merupakan salah satu bidang yang menyediakan peluang pekerjaan serta mendapat permintaan yang tinggi daripada industri selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0. Para pelajar bakal diterapkan dengan kemahiran dalam bidang pengurusan data yang besar serta menyatukannya dengan keselamatan, kawalan akses & pematuhan peraturan. Mereka juga akan didedahkan dengan set kemahiran dalam bidang fiber optic dan sistem komputer rangkaian yang menjurus kepada keselamatan maklumat dan big data.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Lumut
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana dua (2) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul.
- Tidak Rabun Warna
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Tidak Rabun Warna
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
- Tidak Rabun Warna
Related Courses
Featured Courses