SWKA03 – Certificate in Welding Technology
20 Januari 2026 2026-01-20 16:13SWKA03 – Certificate in Welding Technology
SWKA03 – Certificate in Welding Technology
PENGENALAN KURSUS
Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimpalan. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia, mereka bentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
TEMPOH PENGAJIAN
- 24 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Jasin
- IKM Kuala Lumpur
- IKM TSYA Pekan
SYARAT KEMASUKAN
- Berumur 16 – 45 tahun
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- ATAU Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3 dengan lulus PMR / PT3 / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3 sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
- ATAU Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kompetensi atau profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan
- Tidak Rabun Warna
Curriculum is empty
Related Courses
Featured Courses