M68 – Diploma of Engineering Technology (Smart Manufacturing)
21 Januari 2026 2026-01-21 13:16M68 – Diploma of Engineering Technology (Smart Manufacturing)
M68 – Diploma of Engineering Technology (Smart Manufacturing)
PENGENALAN KURSUS
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar merupakan program diploma tiga (3) tahun yang melahirkan graduan pakar Industri 4.0 dalam bidang pembuatan. Program Pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar menyediakan kemahiran kepada penggunaan teknologi digital yang menekankan aspek penumpuan teknologi operasi proses pembuatan dan sistem digital. Selain itu, konsep teras Industri 4.0 yang akan dipelajari adalah seperti Additive Manufacturing, Industry IOT, Extended Reality dan robotic.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Lumut
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Curriculum is empty
Related Courses
Featured Courses