DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
22 Januari 2026 2026-02-03 10:42DIPLOMA OF TECHNOPRENEURSHIP IN REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING
DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
PENGENALAN KURSUS
Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara (DPPU) adalah program TVET di bawah ekosistem MARA yang menggabungkan kemahiran teknikal HVAC (Pemanasan, Pengudaraan, dan Penyamanan Udara) dengan elemen keusahawanan. Program ini direka untuk melahirkan tenaga mahir yang bukan sahaja pakar dalam aspek teknikal tetapi juga mampu menguruskan perniagaan sendiri dalam industri tersebut.
TEMPOH PENGAJIAN
- 12 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Kuala Lumpur
LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM / SWASTA (ILKA/ILKS) / INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM / SWASTA (IPTA/IPTS)
LULUS sekurang-kurangnya Sijil dalam bidang berkaitan dari IKM/GIAT MARA atau mana-mana ILKA/ILKS atau IPTA/IPTS
Lulus ujian Kecenderungan (Phsycometric Test), temuduga dan ujian amali
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
ATAU sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bidang berkaitan
Lulus ujian Kecenderungan (Phsycometric Test), temuduga dan ujian amali