Q43 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN PLASTIK
22 Januari 2026 2026-02-03 10:40Q43 – DIPLOMA IN PLASTIC PROCESSING ENGINEERING TECHNOLOGY
Q43 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN PLASTIK
PENGENALAN KURSUS
Diploma Teknologi Plastik merupakan program diploma tiga tahun yang merangkumi kurikulum secara menyeluruh dalam melahirkan graduan pakar yang berketrampilan serta memahami pelbagai kaedah pemprosesan bahan plastik. Keutamaan pembelajaran adalah menekankan aspek aplikasi teknologi pemprosesan plastik secara hands-on. Contoh proses yang sering digunakan dalam teknologi pembuatan & pemprosesan plastik adalah Injection moulding, Extrusion, Blow Moulding & Blow Film. Program ini dijalankan dengan usahasama Advanced Material Research Centre (AMREC), SIRIM Berhad dan German Malaysia Institute (GMI).
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Masjid Tanah
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERBERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Curriculum is empty