Q42 – DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN SERAMIK
21 Januari 2026 2026-02-03 10:40Q42 – DIPLOMA IN CERAMIC PROCESSING ENGINEERING TECHNOLOGY
Q42 – DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN SERAMIK
PENGENALAN KURSUS
Diploma Teknologi Pemprosesan Seramik merupakan program diploma tiga tahun yang merangkumi kurikulum secara menyeluruh dalam menyediakan graduan pakar yang berketrampilan serta memahami proses merekabentuk, fabrikasi, dan menganalisa segala permasalahan yang timbul dalam teknologi pembuatan seramik. Secara khususnya pelajar akan memahami proses-proses merekabentuk model dan acuan, kaedah penyediaan bahan seramik, fabrikasi produk, proses pengeringan dan pembakaran, kaedah penyudahan dan dekorasi serta menganalisa segala permasalahan yang timbul dalam penentuan kualiti pemprosesan dan produk seramik. Keutamaan pembelajaran adalah pada aspek proses pembuatan seramik secara hands-on dengan penekanan kepada konsep production based education. Program ini dijalankan dengan usahasama Advanced Material Research Centre (AMREC), SIRIM Berhad dan German Malaysia Institute (GMI).
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Masjid Tanah
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERBERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))