Q41 – DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN POLIMER KOMPOSIT
21 Januari 2026 2026-02-03 10:39Q41 – DIPLOMA IN POLYMER COMPOSITE PROCESSING ENGINEERING TECHNOLOGY
Q41 – DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN POLIMER KOMPOSIT
PENGENALAN KURSUS
Program selama 3 tahun ini disediakan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan polimer komposit.Program berorientasikan kemahiran ini dijangka akan menyediakan graduan berkebolehan dan profesional yang dapat menguasai pelbagai aspek teori dan amali khususnya dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan komposit polimer. Antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah merangkumi konsep bahan dan komposit polimer, teknologi pemprosesan dan pengeluaran, rekabentuk bahan dan produk, rekabentuk dan fabrikasi acuan, fabrikasi dan pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih komponen, serta pengujian dan analisa bahan dan produk. Program ini dijalankan dengan usahasama Advanced Material Research Centre (AMREC), SIRIM Berhad dan German Malaysia Institute (GMI).
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Masjid Tanah
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERBERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))