P69 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir)
20 Januari 2026 2026-01-20 15:26P69 – Diploma in Petroleum Engineering Technology (Onshore Operation)
P69 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir)
PENGENALAN KURSUS
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan loji khususnya dalam industri hiliran seperti susunatur, PFD, P&ID, proses, peralatan, keselamatan dan pengoperasian loji. Pelajar berpeluang merasai pengalaman seperti dalam pekerjaan sebenar melalui pembelajaran mengendalikan operasi unit dan proses menggunakan loji yang mirip kepada proses sebenar dengan industri. Pelajar turut dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul semasa mengendalikan operasi loji supaya sentiasa mengikut standard operasi dan spesifikasi. Para pelajar yang berjaya tamat dari program ini boleh bekerja di loji minyak dan gas, kimia, petrokimia dan pemprosesan makanan.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Kemaman
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
P68 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Instrumentasi dan Kawalan Loji)
Featured Courses