P64 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir)
20 Januari 2026 2026-01-20 15:21P64 – Diploma in Plant Engineering Technology (Offshore Structure)
P64 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir)
PENGENALAN KURSUS
Program Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir) menawarkan suatu peluang pembelajaran yang komprehesif berkaitan amalan kejuruteraan struktur. Program ini meliputi analisis, pengiraan dan prinsip rekabentuk struktur dengan menggunakan perisian seperti AutoCAD, SACS, AutoCAD Plant 3D, BOCAD, GRLWEAP PDMS dan Microsoft Project. Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar dalam rekabentuk projek yang berkaitan fabrikasi struktrur keluli. Pelajar akan dianugerahkan diploma selepas tamat pengajian di dalam program ini dan mereka berpeluang melaksanakan pelbagai rekabentuk di dalam pelbagai bidang pekerjaan. Program Teknologi Kejuruteraan Struktur Luar Persisir menyediakan graduan untuk kerjaya di dalam bidang pengeluar minyak dan gas merangkumi asas kimia, mekanik gunaan, matematik kejuruteraan dan rekabentuk struktur luar pesisir.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Kemaman
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
P68 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Instrumentasi dan Kawalan Loji)
Featured Courses