P66 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas
20 Januari 2026 2026-01-20 15:29P66 – Diploma in Gas Engineering Technology
P66 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas
PENGENALAN KURSUS
Program ini merangkumi teori, latihan praktikal serta amalan kejuruteraan sebenar dalam bidang teknologi kejuruteraan gas. Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kefahaman dalam kaedah penyimpanan, sistem pengedaran dan sistem penggunaan gas dengan ciri-ciri kawalan optimum. Pelajar turut akan didedahkan dengan pelaksanaan projek-projek sebenar dalam teknologi kejuruteraan gas. Pelaksanaan projek-projek tersebut memerlukan gabungan strategi rumusan masalah, ujian metodologi alternatif rekabentuk, kajian kemungkinan serta pertimbangan ekonomi dan alam sekitar. Graduan program ini mampu untuk melaksanakan amalan kejuruteraan dalam industri gas termasuk pemasangan paip serta sistem simpanan LPG dan gas asli.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
IKM Johor Bahru
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
P68 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Instrumentasi dan Kawalan Loji)
Featured Courses