P61 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)
20 Januari 2026 2026-01-20 15:11P61 – Diploma in Plant Engineering Technology (Piping)
P61 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)
PENGENALAN KURSUS
Program Teknologi Kejuruteraan Loji (perpaipan) merupakan program yang interaktif dan mementingkan praktikal. Para pelajar program ini akan mempelajari asas komponen perpaipan, pelbagai kod dan standard. Para pelajar juga turut mempelajari asas susun atur loji, analisis tegasan paip, equipment piping, prinsip dan prosidur untuk merekabentuk loji. Latihan amali berasaskan contoh projek sebenar digunakan di dalam program ini. Selain itu, para pelajar didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab seorang pereka perpaipan dalam melaksanakan projek rekabentuk perpaipan. Di samping itu, para pelajar berpeluang mengaplikasi segala pengetahuan tentang prinsip dan standard rekabentuk perpaipan di dalam projek tahun akhir mereka.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Kemaman
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
P68 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Instrumentasi dan Kawalan Loji)
Featured Courses