M66 – Diploma of Technology in Manufacturing
20 Januari 2026 2026-01-20 17:17M66 – Diploma of Technology in Manufacturing
M66 – Diploma of Technology in Manufacturing
PENGENALAN KURSUS
Program ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam industri pembuatan berasaskan pemesinan. Pelajar akan mempelajari kaedah pemesinan konvensional dan bukan konvensional seperti CNC. Pelajar akan menggunakan perisian kejuruteraan dalam merekabentuk produk seterusnya merancang proses pembuatan yang diperlukan untuk pengeluaran produk. Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah serta bidang keusahawanan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan ataupun menjadi teknousahawanan.
TEMPOH PENGAJIAN
- 18 Bulan di IKM TSYA Pekan
- 18 Bulan di KKTM Balik Pulau
IKM TERLIBAT
- IKM TSYA Pekan
- KKTM Balik Pulau
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM dengan dua (2) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.00
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67
- Kompeten semua modul vokasional
Curriculum is empty
Related Courses
Featured Courses