M64 – Diploma in Manufacturing Engineering Technology (Plastic Injection Mould)
20 Januari 2026 2026-01-20 17:07M64 – Diploma in Manufacturing Engineering Technology (Plastic Injection Mould)
M64 – Diploma in Manufacturing Engineering Technology (Plastic Injection Mould)
PENGENALAN KURSUS
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan(Acuan Suntikan Plastik) adalah merupakan salah satu daripada program tiga tahun yang ditawarkan oleh KKTM Balik Pulau. Program ini diharap mampu untuk menghasilkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam merancang, merekabentuk, memfabrikasi, memasang dan menyelenggara acuan suntikan plastik, seiring dalam menepati kehendak pasaran dalam industri pembuatan negara. Untuk meningkatkan nilai tambah pelajar dalam persaingan kehendak industri semasa, pelajar akan didedahkan kepada perisian terkini dalam menganalisa dan merekabentuk produk dan acuan seperti Moldflow dan Pro-Engineer. Bagi memastikan penghasilan acuan yang jitu dan berkualiti tinggi, pelajar akan diberi penekanan terhadap teknologi pemotongan terkini yang beroperasi menggunakan Computer Numerical Control (CNC) yang dilengkapi dengan perisian CAD/CAM. Pelajar bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan teknikal, malah mereka akan didedahkan dengan kemahiran insaniah bagi menyediakan mereka sebelum memasuki alam pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam mahupun ke luar negara.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Balik Pulau
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
Featured Courses