M62 – Diploma in Manufacturing Engineering Technology
20 Januari 2026 2026-01-20 17:03M62 – Diploma in Manufacturing Engineering Technology
M62 – Diploma in Manufacturing Engineering Technology
PENGENALAN KURSUS
Sektor pembuatan merupakan asas penting kepada setiap industri dan pembuatan jentera. Pesawat, perkakas rumah dan automotif adalah merupakan contoh mudah bagi hasil industri rekabentuk. Penghasilan daripada bahan mentah kepada produk siap merupakan peranan utama yang dimainkan oleh sektor pengeluaran dalam industri pembuatan ini. Contoh proses yang melibatkan sektor pembuatan adalah seperti pemesinan konvensional, pemesinan CNC, pemotongan menggunakan laser, pemotongan dawai EDM dan die sinking. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipupuk mampu untuk menghasilkan graduan yang mahir dan berpengetahuan secara menyeluruh untuk memacu perkembangan industri pembuatan pada masa hadapan.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Balik Pulau
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
Featured Courses