M12 – SIJIL TEKNOLOGI FOUNDRI
20 Januari 2026 2026-02-03 10:15M12 – CERTIFICATE IN FOUNDRY TECHNOLOGY
M12 – SIJIL TEKNOLOGI FOUNDRI
PENGENALAN KURSUS
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi foundri yang meliputi kerja-kerja membentuk pelbagai jenis corak berpandukan rekabentuk lukisan dan membentuk acuan daripada pasir atau sebatian-sebatian lain. Graduan juga akan berkemahiran untuk mengendalikan pelbagai jenis relau serta menguasai kaedah-kaedah peleburan logam.
TEMPOH PENGAJIAN
- 24 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Lumut
SYARAT KEMASUKAN
Berumur 16 – 45 tahun
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
ATAU Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3 dengan lulus PMR / PT3 / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3 sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
ATAU Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kompetensi atau profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan