TVET, pameran kerjaya langkah atasi pengangguran di Sabah – Mustapha

KKPS_1658572914
News

TVET, pameran kerjaya langkah atasi pengangguran di Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU: Kadar pengangguran yang semakin meruncing di negeri Sabah bakal diatasi secara agresif menerusi kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan Kementerian Sumber Manusia menerusi pemerkasaan TVET dan pameran kerjaya di bawah PERKESO.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata perkara itu antara agenda yang disepakati bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sewaktu kunjungan hormat delegasi agensi-agensi Kementerian Sumber Manusia yang di ketuai oleh beliau pada Selasa.

“Kementerian dan kerajaan negeri juga akan berkerjasama dalam melahirkan tenaga-tenaga mahir melalui modul TVET dan memastikan kadar pengangguran di negeri ini dapat dikurangkan melalui program-program pameran kerjaya yang dilaksanakan oleh PERKESO,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sabah mencatatkan penghijrahan tenaga kerja ke Semenanjung seramai 45,900 orang pada tahun 2020.

Tambahnya lagi, fokus akan turut diberikan terhadap pemerkasaan tenaga kerja syarikat berkaitan kerajaan di negeri itu bagi tujuan peningkatan keupayaan syarikat melalui penyediaan latihan peningkatan kemahiran oleh Human Resource Development Corporation (HRDC).

“Penekanan dan fokus utama akan dibuat untuk membantu meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Sabah melalui HRDC yang menyediakan latihan-latihan peningkatan Kemahiran,” tambah Mustapha.

Untuk rekod, Sabah mencatatkan penghijrahan tenaga kerja ke Semenanjung seramai 45,900 orang pada tahun 2020.

Pada suku ketiga tahun 2022, negeri itu turut mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 8.2 peratus (174,200 orang) dengan penurunan sebanyak 0.9 peratus berbanding suku tahun pertama iaitu sebanyak 9.1 peratus (188,300 orang).
 

Source: AWANI

Leave your thought here

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMS