Kebolehpasaran graduan TVET setanding kualiti semasa
22 Jun 2026 2026-06-22 9:29Kebolehpasaran graduan TVET setanding kualiti semasa
Kebolehpasaran graduan TVET setanding kualiti semasa
Pengarah Politeknik Port Dickson, Wan Zulkifly Wan Zakaria berkata pendekatan itu diaplikasikan di institusi TVET bagi memastikan graduan kekal berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.
Langkah itu juga sekali gus berupaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan transformasi digital negara.
“Kebolehpasaran menjangkau melebihi kita sekarang berada pada 90 ke atas macam Politeknik Premier Port Dickson sebanyak 98 peratus. Tetapi di sana, masih ada lagi ruang istilah ketidaksepadanan dengan bidang, maksudnya lebih kurang 55 ke atas sepadan dengan bidang dan inilah yang kita cuba usahakan.
Antara industri dan sistem institusi kita mesti selari dari segi kurikulum dan latihan industri supaya kadar kebolehpasaran bukan pada angka sahaja tapi pada kualiti supaya kita boleh menyumbang kepada pembangunan negara terutama dalam era digitalisasi yang terlalu cepat berubah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Wan Zulkifly turut mengulas mengenai kejayaan Politeknik Port Dickson merangkul gelaran juara menerusi Kejohanan 19th Malaysia Federation of International Robot-sports Association (FIRA) Cup 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 11 Jun lalu di Politeknik Kota Bharu.
Jelasnya, kejayaan muncul juara dalam pertandingan itu membuktikan penguasaan teknologi AI, analitik data dan keupayaan membuat keputusan pantas menjadi pendorong utama kemenangan institusi berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Mohd Hisham Makhtar berkata FIRA CUP 2026 terus mendapat sambutan memberangsangkan memasuki tahun ke-19 penganjuran apabila berjaya menghimpunkan lebih 1,400 peserta terdiri daripada 42 kontinjen.
“Dalam pertandingan ini banyak reka cipta yang dibuat sama ada dari politeknik serta kolej komuniti. Kita juga menjemput sekolah supaya menyertainya untuk menarik minat.
Jadi kita tak perlu lagi kemahiran tenaga asing dalam reka cipta peralatan yang canggih ini,” katanya.
Mohd Hisham turut memaklumkan kolaborasi dan libat urus bersama pemain industri turut dilaksana, selain proses penambahbaikan kurikulum pembelajaran khususnya dalam bidang elektrikal dan mekanikal bagi meningkatkan kualiti graduan di institusi TVET.
Source: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kebolehpasaran-graduan-tvet-setanding-kualiti-semasa/
Latest Post
- Hannah Yeoh mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Hala Tuju Pembangunan TVET Wilayah Persekutuan Labuan
- Kebolehpasaran graduan TVET setanding kualiti semasa
- Zambry: Malaysia emerging as global education hub after strong Asia rankings showing
- PTPTN eKasih Children’s Scholarship allocation increased to RM210m, will benefit 10,000 students
- MQA: Malaysian higher education meets international standards