TVET | KBS mahu program distruktur semula, elak pembaziran
1 Februari 2023 2024-03-05 10:39TVET | KBS mahu program distruktur semula, elak pembaziran
TVET | KBS mahu program distruktur semula, elak pembaziran
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menstruktur semula program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaannya.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program TVET yang kini dilaksana pelbagai kementerian perlu dikendalikan satu kementerian sahaja.
KBS, kata Hannah, sedia bekerjasama membantu Kementerian Sumber Manusia bagi tujuan penstrukturan semula dan berpendapat program dilaksanakan dalam TVET juga perlu kekal relevan dengan permintaan golongan belia masa kini.
“TVET ini dilaksana pelbagai kementerian yang mempunyai program masing-masing sehingga menimbulkan kekeliruan buat pemain industri selepas mereka tamat latihan dari sudut penggajian dan sebagainya.
“Tidak perlu semua kementerian buat program TVET masing-masing kerana ia akan nampak tidak terurus selain tidak fokus serta akan ada pembaziran berlaku,” katanya semasa merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang Kedua (MBPN) di Pusat Belia Antarabangsa, di sini, hari ini.
Sebagai contoh, beliau berkata, jika satu kementerian memperuntukkan RM50 juta bagi tujuan menaik taraf program TVET, namun pengambilan pelajar itu tidak mencapai tahap maksimum lalu ia akan menjurus kepada pembaziran dari segi tenaga kerja pada masa akan datang.
Beliau berkata, KBS pada masa sama sedia bekerjasama membantu Kementerian Sumber Manusia bagi tujuan penstrukturan semula itu dan berpendapat, program dilaksanakan dalam TVET juga perlu kekal relevan dengan permintaan golongan belia masa kini.
Source: ASTRO AWANI
Search
Popular posts
- National TVET Day 2024: Empowering Malaysia’s workforce for a sustainable future
- Chinese companies offering over 5,000 TVET training places to Malaysian students – Ahmad Zahid
- TVET must serve as ‘game changer’ in Malaysia’s education system, says DPM Zahid
- Standardize The TVET Industry
- TVET | KBS mahu program distruktur semula, elak pembaziran
Popular tags