685,000 Pekerja Malaysia Berpotensi Terjejas Kesan AI – Dalam 3-5 Tahun Mendatang

igor-omilaev-FHgWFzDDAOs-unsplash-1200x675
Berita

685,000 Pekerja Malaysia Berpotensi Terjejas Kesan AI – Dalam 3-5 Tahun Mendatang

Dalam tempoh 3 hingga 5 tahun mendatang, didapati sekitar 685,000 pekerja di Malaysia akan terjejas kesan penerapan AI, digital dan ekonomi hijau di pasaran hadapan. Tinjauan TalentCorp, yang dilaporkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ini, mendedahkan sekitar 685,000 pekerja di Malaysia bakal terjejas akibat penerapan kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, dan ekonomi hijau dalam pasaran hadapan.

Jumlah terjejas ini jelas notis Parlimen mewakili 12% daripada keseluruhan 5.6 juta pekerja merentasi 18 sektor ekonomi utama negara.

Sektor Perdagangan Borong dan Peruncitan merupakan sektor yang paling signifikan terkesan dengan 245,000 pekerjaan. Ini diikuti rapat oleh sektor Perkhidmatan Pembuatan Makanan (203,000 pekerjaan), Perkhidmatan Perniagaan Global (89,000 pekerjaan), Elektrikal dan Elektronik (37,000 pekerjaan), serta sektor Pelancongan (33,000 pekerjaan). Statistik ini menekankan keperluan mendesak untuk mempersiapkan tenaga kerja sedia ada bagi menghadapi perubahan teknologi ini.

Melihat pada jumlah tersebut, usaha penambahbaikan kemahiran digital wajar dipertingkatkan secara proaktif. Ini penting bagi memastikan kumpulan pekerja ini kekal relevan dan mampu beradaptasi dengan tuntutan pasaran hadapan. Usaha ini bukan sekadar mengekalkan pekerjaan, tetapi meningkatkan produktiviti dan keupayaan tenaga kerja negara.

Di sebalik cabaran tersebut, kajian turut mengenalpasti peluang besar dengan wujudnya 101 peranan baharu yang akan diperluaskan dalam pasaran Malaysia. Peranan ini merangkumi:

  • AI – 69 peranan seperti Arkitek AI, Saintis Data, Penganalisis Keselamatan Siber dan Juruteknik Automasi
  • Ekonomi Hijau – 19 peranan seperti Pakar Kelestarian, Pegawai Pematuhan ESG dan Ahli Ekonomi Tenaga
  • Teknologi Baharu – 13 peranan seperti Operator Jauh, Juruteknik Sistem Autonomi dan Pengendali Robotik
Source: https://rnggt.com/202646128/

Tinggalkan fikiran anda di sini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMS