Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
20 Januari 2026 2026-01-20 10:18Diploma in Industrial Mechatronic Engineering Technology
Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
PENGENALAN KURSUS
Program Diploma ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik yang merangkumi bidang Elektronik, Mekanikal serta Komputer dengan tempoh pengajian selama 36 bulan (6 semester). Program ini fokus kepada teknologi terkini dalam industri automosi dan robotik dengan melibatkan pembelajaran kursus/modul seperti CAD, PLC, Programming, Micro-controller, Pneumatic, Hydraulic, Industrial Automation, Industrial Robotics System dan Mechatronics System Design di samping kursus teras yang lain. Graduan akan dilengkapi dengan kemahiran dalam kerja-kerja pengurusan risiko, merekabentuk, membuat programming, mengendali pemasangan perkakasan pneumatik, hidraulik, dan elektronik di samping kerja-kerja selenggaraan berjadual dan baik pulih berdasarkan situasi sebenar di industri.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Balik Pulau
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul.
- Tidak Rabun Warna
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Tidak Rabun Warna
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
- Tidak Rabun Warna
Related Courses
Featured Courses