G01 – Diploma Teknologi Pembungkusan Dan Rekabentuk
21 Januari 2026 2026-01-21 15:03G01 – Diploma in Packaging Technology and Design
G01 – Diploma Teknologi Pembungkusan Dan Rekabentuk
PENGENALAN KURSUS
Diploma Packaging Technology and Design adalah program 3 tahun yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, Perak. Diploma yang ditawarkan di KKTM Lenggong ini melibatkan bahan-bahan pembungkusan dan rekabentuk, di mana struktur kurikulumnya memberi penekanan kepada teknologi pembungkusan dan disokong oleh elemen-elemen rekabentuk. Program ini menggabungkan sains dan teknologi, rekabentuk, pemasaran dan prinsip-prinsip perniagaan di dalam struktur kurikulumnya.
Secara umumnya, matlamat asas pembungkusan adalah untuk melindungi produk semasa pengagihan dan penghantaran ke suatu destinasi. Walau bagaimanapun, pada masa kini pembungkusan adalah satu cara utama untuk memasarkan produk. Dengan isu keselamatan makanan, pembungkusan telah menjadi perkara asas untuk melindungi pengguna daripada keracunan makanan dan lain-lain perkara yang melibatkan kebersihan sesuatu produk. Pembungkusan adalah bahagian penting ekonomi zaman moden ini. Membangunkan program pembungkusan adalah amat penting kerana pertumbuhan syarikat-syarikat pembungkusan bergantung kepada bekalan berterusan tenaga pekerja profesional yang terlatih. Industri pembungkusan memerlukan graduan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan pembungkusan, rekabentuk, pemasaran, pergudangan, pengedaran dan memahami isu-isu yang terlibat dalam kitar semula dan penggunaan semula bahan pembungkusan.
Program diploma ini akan membangunkan kepakaran teknologi dan pengetahuan saintifik untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri pembuatan makanan dan banyak sektor berkaitan.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Lenggong
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
Featured Courses