F67 – Diploma Teknologi Komputer (Komputasi Awan)
20 Januari 2026 2026-01-20 10:25F67 – Diploma in Computer Technology (Cloud Computing)
F67 – Diploma Teknologi Komputer (Komputasi Awan)
PENGENALAN KURSUS
Program ini mengkhususkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang Perkomputeran Awan (Cloud Computing) yang merupakan salah satu kemajuan teknologi yang paling pesat berkembang, membantu mengkomersialkan struktur, menganjurkan dan menyimpan sejumlah besar data tanpa banyak melabur pada alat perkakasan dan perisian. Setelah tamat belajar, pelajar memperolehi ilmu pengurusan menggunakan perkakasan teknologi terkini. Pelajar juga diterapkan kepakaran dalam bidang fiber optic dan rangkaian komputer khususnya dalam kursus CompTIA, AWS, Microsoft dan kursus yang ditawarkan oleh Cisco Academy. Selain daripada mendapat diploma yang dikeluarkan oleh institusi meraka juga layak untuk mendapat sijil kompentasi CompTIA Network+, CompTIA Server+, AWS, Microsoft Server, CCENT, CCNA dan CA apabila mereka berjaya dalam peperiksaan sijil kompentasi tersebut.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Besut
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana dua (2) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
- Tidak Rabun Warna
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul.
- Tidak Rabun Warna
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- Tidak Rabun Warna
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Tidak Rabun Warna
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
- Tidak Rabun Warna
Related Courses
Featured Courses