F58 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (TRANSMISI DATA & RANGKAIAN)
20 Januari 2026 2026-02-03 10:04F58 – DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING (DATA TRANSMISSION & NETWORK)
F58 – DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (TRANSMISI DATA & RANGKAIAN)
PENGENALAN KURSUS
Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam diagnosis kerosakan sistem rangkaian, baik pulih dan pemasangan peralatan, perkhidmatan dan perancangan rangkaian dalam syarikat-syarikat telekomunikasi. Modul yang ditawarkan termasuklah mengenai teori transmisi, isyarat telekomunikasi, pengukuran dan teknik komunikasi serta serta data komunikasi yang canggih. Di samping itu, pelajar akan didedahkan kepada telefoni asas, rangkaian dan asas-asas mikropemproses.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- MJII Beranang
SYARAT KEMASUKAN SPM
LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
- Tidak rabun warna
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
- Tidak rabun warna
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
- Tidak rabun warna
SYARAT KEMASUKAN LAIN
LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- Tidak rabun warna
LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- Tidak rabun warna
LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Tidak rabun warna
PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERBERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
- Tidak rabun warna