E65 – Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
19 Januari 2026 2026-01-19 17:13E65 – Advanced Diploma of Competency in Electrical (Generation)
E65 – Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
PENGENALAN KURSUS
Program ini telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera Voltan Rendah A4) dan layak untuk menduduki peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Voltan Rendah dengan sekatan A4 oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan berasaskan teori dan amali. Pembelajaran dan latihan meliputi membuat kerja-kerja penyeliaan dan pengawalan, membaikpulih dan menyelenggara mesin-mesin elektrik serta kerja-kerja pengawalan dan penyegerakkan penjana kuasa voltan rendah.
TEMPOH PENGAJIAN
- 12 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Johor Bahru
- IKM TSYA
- IKM Lumut
- IKM Seberang Perai Utara
- IKM Kuala Lumpur
- IKM Jasin
LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM / SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.00
- ATAU Lulusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) / Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera A1) dari IKM/KKTM
- Memiliki Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Elektrik A1
- Tidak Rabun Warna
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
Curriculum is empty
Related Courses
Featured Courses