E63 – Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik dan Industri)
19 Januari 2026 2026-01-19 17:06E63 – Diploma of Competency in Electrical (Domestic and Industry)
E63 – Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik dan Industri)
PENGENALAN KURSUS
Program ini telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kompetensi Elektrik(Pendawai PW4) dan layak untuk menduduki peperiksaan Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa (PW3) atau Pendawai Tiga Fasa dengan Pengendosan Pengujian(PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan berasaskan teori dan amali. Pembelajaran dan latihan meliputi membuat kerja pendawaian, menguji pepasangan, membaikpulih pendawaian dan alatan/radas elektrik dan penyeliaan.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Lumut
- IKM TSYA
- IKM Kuching
- IKM Kota Kinabalu
- IKM Kuala Lumpur
- IKM Beseri
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM dengan dua (2) Kepujian dalam mana- mana mata Pelajaran
- LULUS mata pelajaran Matematik
- LULUS mata pelajaran Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Tidak Rabun Warna
SYARAT KEMASUKAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademil sama atau lebih 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Tidak Rabun Warna
Curriculum is empty
Related Courses
Featured Courses