SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI)
19 Januari 2026 2026-01-30 17:26CERTIFICATE IN ELECTRICAL ENGINEERING TECHNOLOGY (DOMESTIC AND INDUSTRY)
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI)
PENGENALAN KURSUS
Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai bertauliah. Program ini menekankan pengetahuan teknikal dan latihan kemahiran kepada pelajar dalam bidang perkhidmatan penyelenggaraan elektrik termasuk pendawaian elektrik, sistem pencegahan kebakaran dan keselamatan bangunan, sistem perkhidmatan serta sistem automasi bangunan.
TEMPOH PENGAJIAN
- 24 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Besut
SYARAT KEMASUKAN SPM
LULUS SPM atau setara dalam mata Pelajaran berikut:
Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
Lulus Bahasa Melayu
Lulus mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik / Kimi Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pendawaian Domestik / Menservis Peralatan Elektrik & Elektronik / Teknologi / Elektrik Pemasangan / Kawalan Elektrik / Lukisan Geometri & Elektrik
Tidak rabun warna