C48 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Bangunan Hijau)
19 Januari 2026 2026-01-19 16:07C48 – Diploma in Construction Engineering Technology (Green Buildings)
C48 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Bangunan Hijau)
PENGENALAN KURSUS
Program ini bermatlamat memberi ilmu pengetahuan dan latihan teknikal dalam bidang ‘Green and Energy Efficient Buildings’. Ia merupakan satu inisiatif bagi merapatkan jurang antara keperluan industri dan kebolehpasaran graduan berkualiti tinggi dengan kemahiran yang mengagumkan yang mampu menjadi perantis dalam merevolusikan industri pembinaan di Malaysia. Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah teknologi mekanikal dan elektrikal, teknologi bangunaan cekap tenaga, teknologi pembinaaan industri, dan simulasi bangunan cekap tenaga. Selain itu pelajar turut didedahkan dengan situasi semasa yang berlaku dalam industri pembinaan. Graduan daripada program ini seharusnya mampu berfikir secara kreatif, inovatif, serta berdaya saing dalam mengenalpasti suatu teknologi bagi merealisasikan objektif teknologi hijau dan cekap tenaga, khususnya bagi industri pembinaan dari pelbagai perspektif seperti keberkesanan kos, kecekapan ekosistem dan juga pengurusan bahan buangan bagi memelihara alam semulajadi terpelihara untuk generasi akan datang
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- KKTM Sri Gading
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
- LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran.
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul.
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKANPENGALAMANTERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
C46 – Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan)
Featured Courses