A01 – Diploma Teknologi Automotif Jentera Berat
19 Januari 2026 2026-01-19 16:02A01 – Diploma in Heavy Machinery Automotive
A01 – Diploma Teknologi Automotif Jentera Berat
PENGENALAN KURSUS
Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi Automotif Jentera Berat yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem Automotif Jentera Berat. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem Jentera Berat. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan sepanjang tempoh pengajian. Pelajar akan diterapkan dengan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
TEMPOH PENGAJIAN
- 36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
- IKM Jasin
SYARAT KEMASUKAN SPM
- LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mana-mana mata Pelajaran
- LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik
LULUSAN STPM
- LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata Pelajaran
LULUSAN STAM
- LULUS STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
- LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM / SWASTA (ILKA/ILKS)
- LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50
- ATAU LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
- LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
- LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33
- Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
- Kompeten semua modul vokasional
- PENGAKREDITAN PEMBELAJARANBERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
Related Courses
Featured Courses