{"id":11293,"date":"2026-06-29T09:41:37","date_gmt":"2026-06-29T01:41:37","guid":{"rendered":"https:\/\/propp.my\/?p=11293"},"modified":"2026-06-29T09:42:33","modified_gmt":"2026-06-29T01:42:33","slug":"melaka-terus-perkukuh-pembangunan-tvet-untuk-masa-depan-anak-muda-ab-rauf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/propp.my\/en\/melaka-terus-perkukuh-pembangunan-tvet-untuk-masa-depan-anak-muda-ab-rauf","title":{"rendered":"Melaka terus perkukuh pembangunan TVET untuk masa depan anak muda &#8211; Ab Rauf"},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"11293\" class=\"elementor elementor-11293\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-section-wrap\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-5aeaef5c elementor-section-boxed elementor-section-gap-beside-yes elementor-section-height-default elementor-section-height-default elementor-section-column-vertical-align-stretch\" data-id=\"5aeaef5c\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-extended\">\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-row\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-100 elementor-top-column elementor-element elementor-element-6a93a47\" data-id=\"6a93a47\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-column-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-39814a43 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"39814a43\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t<style>\/*! elementor - v3.12.1 - 02-04-2023 *\/\n.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:#69727d;color:#fff}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap{color:#69727d;border:3px solid;background-color:transparent}.elementor-widget-text-editor:not(.elementor-drop-cap-view-default) .elementor-drop-cap{margin-top:8px}.elementor-widget-text-editor:not(.elementor-drop-cap-view-default) .elementor-drop-cap-letter{width:1em;height:1em}.elementor-widget-text-editor .elementor-drop-cap{float:left;text-align:center;line-height:1;font-size:50px}.elementor-widget-text-editor .elementor-drop-cap-letter{display:inline-block}<\/style>\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-text-editor elementor-clearfix\">\n\t\t\t\t<div><address>\n<div class=\"field field--name-body field--type-text-with-summary field--label-hidden field--item\">\n<p><span class=\"article-placeline\"><strong>JASIN:<\/strong><\/span>\u00a0Kerajaan Negeri Melaka akan terus memperkukuh agenda pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi masa depan lebih baik untuk anak muda di negeri itu.<\/p>\n<p>Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha itu dilaksanakan supaya lebih ramai anak muda dapat menguasai kemahiran masa hadapan, memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi dan merebut peluang sedang dibawa masuk ke negeri itu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"field field--name-body field--type-text-with-summary field--label-hidden field--item\">\n<p>\u201cMatlamat kerajaan jelas, mahu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang baik tetapi juga memiliki kemahiran, daya saing dan keyakinan untuk mencipta kejayaan dalam apa jua bidang diceburi.<\/p>\n<p>\u201cAnak muda tidak boleh berada di pinggir pembangunan, sebaliknya mesti menjadi pemain utama dalam kemajuan negeri,\u201d\u00a0katanya ketika berucap merasmikan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka di Stadium Jasin malam tadi.<\/p>\n<p>Majlis turut dihadiri Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk VP Shanmugam dan Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) Datuk Khaidhirah Abu Zahar.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata pelaburan terbaik sesebuah kerajaan bukanlah hanya pada infrastruktur tetapi pada pembangunan modal insan kerana generasi muda akan menentukan hala tuju negeri dalam tempoh 10 tahun akan datang.<\/p>\n<p>\u201cHari ini, Melaka memiliki hampir 243,000 belia dan bagi saya angka ini membawa tanggungjawab besar untuk kerajaan memastikan setiap anak muda negeri ini mempunyai akses kepada peluang dan ruang untuk berkembang.<\/p>\n<p>\u201cAtas dasar itu, kerajaan negeri membawa gagasan &#8216;Melaka Sayang Rakyat&#8217; bagi terus memberi penekanan kepada agenda pembangunan belia melalui pelbagai inisiatif antaranya kebolehpasaran kerja, keusahawanan, pendidikan, pembangunan sahsiah, sosial dan nilai keagamaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata sepanjang beliau menerajui pentadbiran negeri, hampir RM70 juta telah diperuntukkan bagi program pembangunan belia, memperkasakan fasiliti sukan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan generasi muda Melaka.<\/p>\n<p>Beliau berkata pada masa sama, kerajaan negeri juga terus giat membawa masuk pelaburan berimpak tinggi ke Melaka, dengan nilai tertinggi dalam sejarah negeri iaitu RM14.68 bilion berjaya direkodkan pada tahun lepas.<\/p>\n<p>Justeru, beliau berkata belia di Melaka perlu keluar daripada zon selesa dengan merebut pelbagai peluang disediakan kerajaan sekali gus membuktikan anak jati negeri itu mampu bersaing pada peringkat global.<\/p>\n<p>\u201cAnak muda perlu meneroka masa depan dalam program pembangunan belia sebelum mencapai 30 tahun dengan merebut peluang menerusi pelbagai latihan kepimpinan dan keusahawanan disediakan agar menjadi belia matang dan berdaya saing seterusnya menyediakan masa depan yang\u00a0 lebih baik,\u201d katanya.\u00a0&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/address><\/div>\n<pre><i>Source: <a href=\"https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/melaka-terus-perkukuh-pembangunan-tvet-untuk-masa-depan-anak-muda-ab-rauf\">https:\/\/www.astroawani.com\/berita-malaysia\/melaka-terus-perkukuh-pembangunan-tvet-untuk-masa-depan-anak-muda-ab-rauf<\/a><\/i><\/pre>\n<p><!-- \/wp:paragraph --><\/p>\n<p><!-- \/wp:paragraph --><\/p>\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Melaka komited memperkukuh pembangunan TVET bagi memastikan anak muda menguasai kemahiran masa hadapan dan memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menyatakan bahawa pelaburan modal insan ini penting untuk membantu belia merebut peluang pekerjaan daripada pelaburan berimpak tinggi bernilai RM14.68 bilion yang dibawa masuk ke negeri itu.<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":11426,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116],"tags":[115],"class_list":["post-11293","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news","tag-tvet"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11293","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11293"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11293\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11430,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11293\/revisions\/11430"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11426"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11293"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11293"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11293"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}