{"id":11197,"date":"2026-04-27T09:40:52","date_gmt":"2026-04-27T01:40:52","guid":{"rendered":"https:\/\/propp.my\/?p=11197"},"modified":"2026-04-27T09:41:58","modified_gmt":"2026-04-27T01:41:58","slug":"tvet-enjin-ekonomi-masa-depan-kadar-kebolehpasaran-melebihi-95-peratus-tpm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/propp.my\/en\/tvet-enjin-ekonomi-masa-depan-kadar-kebolehpasaran-melebihi-95-peratus-tpm","title":{"rendered":"\u200bTVET enjin ekonomi masa depan, kadar kebolehpasaran melebihi 95 peratus \u2013 TPM"},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"11197\" class=\"elementor elementor-11197\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-section-wrap\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-5aeaef5c elementor-section-boxed elementor-section-gap-beside-yes elementor-section-height-default elementor-section-height-default elementor-section-column-vertical-align-stretch\" data-id=\"5aeaef5c\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-extended\">\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-row\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-100 elementor-top-column elementor-element elementor-element-6a93a47\" data-id=\"6a93a47\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-column-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-39814a43 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"39814a43\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t<style>\/*! elementor - v3.12.1 - 02-04-2023 *\/\n.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:#69727d;color:#fff}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap{color:#69727d;border:3px solid;background-color:transparent}.elementor-widget-text-editor:not(.elementor-drop-cap-view-default) .elementor-drop-cap{margin-top:8px}.elementor-widget-text-editor:not(.elementor-drop-cap-view-default) .elementor-drop-cap-letter{width:1em;height:1em}.elementor-widget-text-editor .elementor-drop-cap{float:left;text-align:center;line-height:1;font-size:50px}.elementor-widget-text-editor .elementor-drop-cap-letter{display:inline-block}<\/style>\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-text-editor elementor-clearfix\">\n\t\t\t\t<div class=\"py-1.5 mb-4 text-lg font-bitter\"><address class=\"location-block\">\n<p>KUALA LUMPUR \u2013 Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi sekadar pilihan kedua sebaliknya telah berkembang menjadi enjin utama dan nadi kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan negara.<\/p>\n<p>\u200bTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, transformasi besar dalam sektor pendidikan negara kini menyaksikan lebih separuh daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih laluan TVET sebagai kerjaya strategik.<\/p>\n<p>Menurutnya, pencapaian membanggakan apabila kadar kebolehpasaran graduan TVET kini sangat luar biasa iaitu mencecah sehingga 95 peratus sekali gus membuktikan industri amat mendahagakan tenaga kerja berkemahiran tinggi.<\/p>\n<p>\u200b\u201dIni bukan kebetulan. Kemahiran adalah mata wang baharu (skills are the new currency). Ketika saya diberi mandat menerajui TVET negara, asalnya ada 1,395 pusat namun kini angka itu telah melonjak melebihi 5,000 pusat TVET di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u200b\u201dKejayaan ini tidak boleh dipikul kerajaan sendirian. Industri mesti menjadi rakan pembina bakat dengan memastikan kurikulum dibentuk bersama, latihan membawa kepada pekerjaan sebenar dan teknologi terkini menjadi asas pembelajaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada sesi ucaptama Jamuan Apresiasi Kerajaan \u2013 Komuniti Perniagaan bersama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Malaysia perlu segera beralih daripada model lama kepada ekonomi berasaskan produktiviti tinggi bagi mendepani tekanan kos global yang semakin tidak menentu.<\/p>\n<p>\u201cCara lama tidak akan mampu memenangi peperangan ekonomi baharu yang penuh dengan ketidaktentuan harga tenaga dan gangguan rantaian bekalan.<\/p>\n<p>\u200b\u201cKita tidak boleh selama-lamanya melawan kos yang meningkat. Jalan penyelesaiannya adalah kita mesti mengatasi kos tersebut dengan produktiviti melalui automasi, pendigitalan dan inovasi.<\/p>\n<p>\u200b\u201cSyarikat yang bakal mendominasi masa hadapan bukanlah syarikat yang paling besar, tetapi syarikat yang paling efisien, tangkas dan berani melakukan anjakan paradigma,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>\u200bBeliau turut mengingatkan kerajaan kecekapan penyampaian adalah kunci utama bagi mengekalkan keyakinan pelabur.<\/p>\n<p>\u200b\u201dPelabur tidak pergi ke tempat yang menawarkan insentif paling tinggi semata-mata, tetapi mereka akan pergi ke mana keyakinan itu paling kuat.<\/p>\n<p>\u200b\u201dKita mahu Malaysia menjadi destinasi pilihan, bukan secara\u00a0<em>default<\/em>\u00a0tetapi kerana keyakinan terhadap sistem kita yang pantas, telus dan responsif,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u200bDalam pada itu, beliau turut menyeru komuniti perniagaan dan kerajaan untuk terus bergerak sebagai satu Ekosistem Nasional yang saling melengkapi bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing di pentas dunia.<\/p>\n<p>\u200b\u201dKerajaan boleh merangka dasar tetapi industri membawa realiti pelaksanaan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh lagi bergerak secara berasingan. Kita berjaya bersama atau kita akan ketinggalan bersama,\u201d katanya lagi. \u2013 MalaysiaGazette<\/p>\n<\/address><\/div>\n<pre><i>Source: <a href=\"https:\/\/malaysiagazette.com\/2026\/04\/26\/tvet-enjin-ekonomi-masa-depan-kadar-kebolehpasaran-melebihi-95-peratus-tpm\/\">https:\/\/malaysiagazette.com\/2026\/04\/26\/tvet-enjin-ekonomi-masa-depan-kadar-kebolehpasaran-melebihi-95-peratus-tpm\/<\/a><\/i><\/pre>\n<p><!-- \/wp:paragraph --><\/p>\n<p><!-- \/wp:paragraph --><\/p>\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri (TPM) menekankan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan enjin utama bagi memacu ekonomi masa depan negara. Beliau menjelaskan bahawa program TVET sangat relevan dalam memenuhi kehendak industri, terbukti melalui kadar kebolehpasaran graduan yang cemerlang iaitu melebihi 95 peratus, sekali gus memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bersedia memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":11207,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116],"tags":[115],"class_list":["post-11197","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news","tag-tvet"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11197","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11197"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11197\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11212,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11197\/revisions\/11212"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11207"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11197"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11197"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/propp.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11197"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}